Permainan Video
Tentang Cha-Ching
Cha-Ching adalah program literasi kewangan yang direka untuk melengkapkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dengan pengetahuan, alat dan amalan yang mereka perlukan untuk membuat keputusan kewangan yang tepat untuk mencapai matlamat dan impian peribadi mereka sendiri.
Dibangunkan oleh Prudence Foundation dengan Cartoon Network Asia dan pakar pendidikan kanak-kanak, Dr. Alice Wilder, jalan cerita, muzik video, komik dan kurikulum memberi tumpuan kepada empat konsep utama wang: Dapat, Simpan, Beli dan Derma
Panduan ini menggalakkan ibu bapa berbincang dan membantu anak-anak mereka memahami konsep Dapatkan, Simpan, Belanja dan Derma dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.
- Dapat Wang tidak tumbuh di atas pokok: anda perlu memperolehinya. Dan jika anda ingin menabung, membelanjakan atau menderma wang, anda perlu mendapatkannya terlebih dahulu.
- Simpan Menabung adalah tabiat penting untuk mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang; serta menyimpan untuk kecemasan!
- Beli Berbelanja adalah fikiran utama kanak-kanak apabila disoal tentang wang, tetapi adalah penting untuk membezakan keperluan daripada kehendak.
- Derma Konsep menderma adalah penting dalam menyokong masyarakat kita. Galakkan anak-anak untuk menyumbangkan masa, barang atau wang mereka kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Permainan Cha-Ching
Daftar anak anda untuk permainan Cha-Ching, di mana mereka akan mempelajari kemahiran kewangan yang penting untuk membantu mereka membuat keputusan yang bijak pada masa akan datang.
Aktiviti Keluarga
Aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah bersama anak anda setiap minggu untuk meningkatkan literasi kewangan mereka